14 February 2017

Travel Journal: Day Trip to Perhentian Island, Malaysia

Hey, guys.

So, this entry is a major throwback. This happened a long long time ago, about 4 months ago. That was during my last semester break. My friends and I decided to go to Perhentian Island. Actually, I was a little bit busy at that time since I was undergoing my internship. 

Enough intro in English. Let me talk in Malay. Hehe.

Masa tu lebih kurang bulan Ogos 2016, kawan sekolah menengah ajak pergi bercuti. Aku follow sahaja. Najihah (salah seorang kawan) cari la pakej-pakej percutian ke Pulau Perhentian. Kami pilih pulau tersebut sebab itulah tempat paling dekat sekali. You know I was from Besut, Terengganu. Mula-mula decide nak pergi 3 hari 2 malam, disebabkan aku masih lagi praktikal masa tu, so terpaksa lah cari day trip. Paling murah pakej kami dapat RM85 seorang.

Kami pergi berlima sebab lima orang je yang free. Kitaorang sebenarnya berlapan tapi lagi tiga orang agak sibuk. Kami bawa makanan dari rumah sebab nak jimat. (Makan kat pulau mahal 3 kali ganda). Alang-alang pergi satu hari je, tak banyak la kos. Aku tak bawak banyak baju pun. Pakai baju ready nak terjun dalam air terus. Bawa tudung lebih je.

Ready nak snorkeling.
Pakej satu hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang termasuk snorkeling ke 4 tempat sekitar pulau. Selepas tu, kita boleh request mana-mana satu tempat yang kita nak pergi selepas snorkeling. Macam kitaorang pilih Long Beach, lepak kat situ. Kitaorang snorkeling dari pukul 9 sehingga 12 tengahari. Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa selama 45 minit.

Gambar ni sekitar Long Beach. Masa ni tengah panas terik tapi we don't care, betul-betul gunakan pakej satu hari untuk bergambar.
Di Long Beach kami makan, solat dan rehat. Aku sarankan tak payah la ambil daytrip, penat dia lain macam. Hahaha. Balik rumah je terus demam.


Jangan lupa bawa sunblock supaya tak burn muka-muka yang cantik. 

Seronok mandi laut
Masa ni dua orang kawan aku dah kepenatan. So, tiga orang aje lah main air. Nak datang sini jangan lupa bawa roti nanti boleh bagi ikan makan dan tengok ikan yang cantik-cantik.


Tiga beg merah jambu. Unplanned.


Kami namakan trip kami kali ini dengan #SweetEscape

Sebenarnya ada banyak gambar view yang cantik-cantik tapi disebabkan dah lama, aku pun tak jumpa dah folder gambar-gambar tu semua. Ini pun main pick je untuk tontonan. Datang sini jangan lupa bawa monopod, tripod, dan GoPro. Boleh ambil gambar lawa-lawa. Hew hew.

Sekian sedikit perkongsian untuk kali ini. Till we meet again ya.

8 comments:

  1. cantiknya warna air laut. teringin nak mandi air kat laut walaupun takpandai berenang :D best la keluar jenjalan ngan kawan2 macam nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best. Sebelum kawin kena enjoy betul2, nanti dah susah. Hahaha

      Delete
  2. Dah lama tengok Perhentian ni memang lawo view dia. Nak pergi juga la dekat sini nanti. Seronok dia lain macam sikit bila pergi dengan kawan-kawan ramai2 kan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa. Pantai dia memang tak menegecewakan. Bersih clear crystal. Ajak kawan reramai.

      Delete
  3. Wahhhh seronoknya bercuti. Rindulah nak pergi perhentian sekali lagi. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah sampai yer. Nanti mai la lagi. Seronok.

      Delete
  4. rasa nak pi trip mana2 la,nak bebaskan diri kejap.
    Dah lama tak pergi holiday semua,tak ada org nak ajak. Nak ajak pun famili semua sibuk,suka jalan2 sorang2. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Famili nak jalan2 susah. Senang ajak kawan2 atau pergi sendiri. :)

      Delete

Drop your comments :)