Assalamualaikum and Hey guys.
Pada masa aku sedang menaip entri blog kali ini, aku sedang berada di kolej universiti, seorang diri. Dalam satu blok empat tingkat, aku sorang2 di level dua. Sumpah sunyi gila. Sebenarnya sekarang ni tengah cuti semester tapi disebabkan aku terpaksa siapkan sample final year projek, aku stay la kat kolej ni. Rabu depan baru balik rumah. Hari tu ramai je kawan2 yang buat projek jugak, tapi semua orang dah balik.
Malam ni malam pertama aku tidur sorang2. The truth is aku ni bukannya berani sangat. Hahaha. Tambah pula kolej yang aku diami ni toilet dia kat luar. Pukul 530 petang tadi aku dah mandi makan lepas tu terus gosok gigi ambil wudhu untuk maghrib and isyak. So, dari petang tadi aku tak keluar bilik lagi. Sumpah aku tak keluar dah sampai tak minum air takut nak kencing. Hahaha. Subuh esok la keluar bilik. Nampak tak tahap penakut aku tu. Sobs sobs.
Terpaksa buat semua ni. Sebab aku dah book nak guna furnace. Minggu depan aku balik orang lain pula masuk. Bilik aku ni tak ada lah besar sangat tapi bila sorang2 rasa lah ruang tu banyak je. Katil ada 6. Weekend ni aku rasa nak balik rumah akak walaupun dua hari. Rasa tak mampu nak duk sini sorang2 weekend. Aku nak buat apa weii.
Bila sorang2 mula lah fikir yang bukan2. So, aku cuba sebaik mungkin habiskan masa dengan tengok drama, download drama, dengar lagu, main game supaya fikiran ni fokus benda lain. Aku tak sangka aku sorang2 macam ni, macam kem bina diri pula ditinggalkan sorang2. LOL. Aku taip entri ni pun salah satu nak kill masa la. Lama lagi nak tunggu esok, dah la aku ni jenis yang susah nak tidur. Semoga diri ini tabah.
Sekian. #merapu
kira besar jugak bilik tu kalau dah muat 6 katil :D
ReplyDeletememang taklari dari fikir bukan2 kalau duduk sorang2. i feel u XD