23 September 2017

Trying out free samples from Mary Kay

Hello guys 😉,

"Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will." - Zig Ziglar

Sebelum ni aku ada buat review mengenai sample from Pure Beauty. Check it out!


Kali ni aku dapat beberapa makeup seperti eyeshadow, primer, lipstik dan mask dari Mary Kay. Aku dapat sample ni daripada kakak kesayangan aku, yes once again. Semua dia bagi adik dia ni haa. I'm blessed.

Antara samples yang aku dapat:

  • timewise moisture renewing gel mask
  • timewise firming eye cream
  • mineral eye color (Amber blaze)
  • mineral eye color (Crystalline)
  • true dimensionslipstick (Color me coral)


I will give a short review about each of the items listed above based on my own experience 😊

1. Mary Kay Timewise Moisture Renewing Gel Mask
Satu sample 3g boleh pakai sampai 4 kali. Boleh apply sebelum tidur selama 10 minit atau pun biarkan sepanjang malam. Tekstur gel ni macam water-based, jadi ianya sangat ringan. For me it is a little bit greasy tapi kalau nak apply 10 minit tak jadi masalah. Kali pertama, aku biarkan sepanjang malam dan kulit muka smooth sangat bila bangun pagi.

2. Mary Kay Timewise Firming Eye Cream
Aku sangat suka dengan dengan eye cream ni. It really does its job. The eyeshadows stay longer. Eye cream ni menampakkan lagi yang kita tengah pakai eyeshadow gittew. Hew 😜

3. Mineral Eye Color (Amber Blaze + Crystalline)
Hari tu pergi kenduri aku mix dua eye shadow ni. The colors are really nice and super pigmented. Seriously! Ini lah eye shadow yang paling cantik dan pigmented yang pernah aku cuba (pigmented dalam bahasa Melayu apa?) Kalau yang sukakan natural makeup look, this two combination colors are great. Aku kongsi satu gambar okay, this is recently my instgram post LOL.

*gambar ni tak edit tau, kalau edit lagi cantik kot HAHA

4. True Dimensions Lipsick (Color me coral)
Lipstik ni warna dia cantik sangat. Malangnya aku tak sempat ambil gambar masa tengah pakai. I really love the color. Someone please give me this lipstick. I only have sample 😭


That's all. See you soon!



22 September 2017

Beauty haul from Korea

Hello guys.


It has been a while since I shared about makeup and skincare. It took some time to publish this post because I was so lazy to edit the picture. A post without a picture is no fun 😜.

About 3 weeks ago, my sister asked me to help her buy some makeup and skincare from Althea (She always asked me to do everything huh). She just screenshot the picture of the product and gave me money, I need to complete all of her order. As you already know (or don't), Althea will give free shipping if the order above RM99 so I picked a few products to get the free shipping (since my sister just ordered 2 items and they were below RM99).

*I think everyone already knows what is Althea so there's no need for me to explain more. Hehe. Althea is one of the websites that sell Korean makeup & skincare and it is my favourite online shopping website, of course.

Here the list of items that I choose:-

  • BOOMDEAHDAH Everyday Mask Pomegranate (RM2)
  • BOOMDEAHDAH Everyday Mask Berry (RM2)
  • It's My Skin Mask  #03 Charcoal (RM3.70)
  • Missha The Style 4D Mascara (RM16)
  • COC Eye Contact Single Eye Shadow #1 Caramel Toast (RM10)
  • COC Eye Contact Single Eye Shadow #6 Paprika (RM10)
  • Chica Y Chico Matt Cushion #23 (RM62)
  • It's Skin Power 10 Formula WH Effector (RM30)


All items above are mine except the last two, they belong to my sister. All of them are the cheapest and I like cheap items. Hehe 😂. I suggested the Chica Y Chico Matt Cushion to my sister. I already have one, bought it about 3 months ago. It was so good in controlling my oily skin all day. You can read my previous post if you interested in how it looks and the price was cheaper back then. Hehe. Here the link:

https://nrhzm.blogspot.my/2017/07/korean-makeup-and-skincare-review.html

I am not yet trying out the items. The good reviews lead me to buy the products. The reviews on the website really help me to choose or not to choose the item. The COC Eye Shadow was recommended by my best friend, so I just wanna give it a try!

The first product that I bought from Althea is Secret Key Miracle Fit Contour Stick. I bought three different shades of them. I did regret after a few months LOL. Not because the product was not good, I rarely contour my face (I never did that before), tak tahu kenapa beli masa ni tetiba dapat duit terus membazir.

I did my second purchased in Ramadan, the link that I shared before it was my second time buying from Althea. I got RM15 off coupon so I asked my friends to join the next order so that I can get the free shipping. Hehe. Aha! It was my third purchased 😝. Later on, I did collect the order from my friends and once again, that was my fourth purchase. So basically this is my fifth purchase from Althea. (Dah terjebak dengan makeup, tapi setiap kali beli tu aku punya barang sikit je, hehe).

Here the list of products that I bought:-

  • Secret Key Miracle Fit Contour Stick (01,03,04) RM29 each
  • It's My Brush & Puff - It's My Sponge 20 units RM5
  • It's My Brush & Puff - It's My Blending Shadow Brush RM7
  • It's My Brush & Puff - It's My Contour Brush RM15
  • Innisfree No Sebum Mineral Powder RM19
  • Abbamart 4 Ur Eyes Primer & Brightner RM36


I forgot to include the 20 units of It's My Sponge in the picture above so I take it separately. It is really worth to buy, RM5 for 20 units of sponge (comes in 2 different shapes). The sponge is so smooth and easy to clean. I give it some to my best friends 😉.


The purpose of this post is to sum up all of the products that I bought from Althea Korea. If you interested in any product, comment down below and I will give a short review about it.

That's all from me. Thank you 💐.


19 September 2017

Tried and Tasted: Coolblog Cendol Durian Smoothie

Hello guys.


Dah agak lama aku tak beli air di Coolblog. First time kenal Coolblog ni zaman asasi dulu-dulu. Itu pun sebab kedai dia dalam universiti. Itulah kali pertama aku tahu mengenai kewujudan Coolblog. Hahaa (So jakun right?). Masa tu kat kampung aku takda lagi Coolblog.

Menu pertama yang aku order masa tu banana ice blended + black pearl. Ini pun aku terbeli sebab kawan yang ajak. Masa tu harga lebih kurang RM3 lebih. Dua hari lepas aku bosan kat rumah so petang tu aku keluar pergi Coolblog. Before tu aku ternampak orang tweet menu baru Coolblog 😂.

Masa ternampak tweet tu terus rasa teringin nak Coco Yam Pulut Smoothie tu. Tapi bila dah sampai sana, macam mana entah aku boleh order Cendol Durian Smoothie dan Cendol Coconut 😅. Aku beli dua, satu untuk ibu. Boleh tahan lama aku tunggu pekerja tu siapkan order, padahal takda orang pun masa tu. Oh ya total dua air tu semua RM14. 

Aku dah berniat Cendol Durian Smoothie tu untuk ibu. Tapi sebab rupa dia lebih kurang, aku terminum Cendol Durian Smoothie. Rasa dia not bad la, sedap je. Aku boleh bagi 6/10 sebab bukan guna durian original so rasa dia tak cukup kick.


Cendol Coconut lagi satu aku tak sempat ambil gambar sebab abang dah habiskan. Ibu tak suka rasa dia dan aku pun tak suka. Kalau guna santan yang original maybe aku akan suka. Nasib baik ada abang yang habiskan kalau tak membazir RM6.50. Aku memang suka cuba benda baru dan ambil risiko 😹.

Lepas ni boleh la cuba menu lain pula tapi tunggu bulan depan. Ini kalau hari-hari aku tak mampu. Tengah broke teruk.

Thanks for reading. See you again! ❤




17 September 2017

Gift from my sister

Hello guys.

Kebosanan tahap apa dah kat rumah ni menunggu surat tawaran sambung master yang tak kunjung tiba. Doakan semua berjalan lancar.


I just wanna share some part of my life. Yehee 🤗. Nothing special pun untuk post kali ini. Dua hari lepas, I got a parcel from my sister. Dia bagi 3 jenis lipstik, lip scrub dan lip balm. I'm so happy dapat barang free. Sebenarnya, dia dah guna pun semua tu. Dia macam takda niat pun nak bagi aku. Hahaha 🤣. Tapi disebabkan dia alergik kepada lipstik tersebut, maka adik dia yang ni pun dapat lah. Nasib lah adik sorang je.

Kakak aku ni sangat sensitif pada barang-barang kosmetik. Kadang-kadang kesian jugak, dia selalu beli makeup mahal-mahal (supaya lebih berkualiti), tapi end up tak sesuai jugak dengan dia. Nasib la. So, aku dapat satu lipstik YSL, satu lipstik MAC, satu lipstik Mary Kay, satu lip scrub Mary Kay dan satu lip balm Mary Kay. OMG bahagianya! Who doesn't love gift right? Nak tunggu aku beli semua ni memang tak terbeli la.

But, I can tell the colour of the lipstick is not suitable for my skin, they just make me look so pale. Tapi takpa, aku tak kesah. Aku terima je 😹.

Not good at editing picture.


The red colour looks so red and moist tapi bila apply kat lip tak merah sangat pun, just a very nice colour. The red one is from YSL Rouge Volupte' Shine 4. Soft pink (To Savour A84 by MAC) and the bottom, Bashful You by Mary Kay.

Have you received any gift lately? Then you must be happy 😊.



8 September 2017

Trying out free sample of Pure Beauty from Watsons

Hey guys.


I will share about a free sample of Moisture & Repair shampoo and conditioner by Pure Beauty. Kalau tak silap, brand Pure Beauty ni made in Korea dan ada kat Watsons je. Actually, I got this from my sister. Dia baru lepas beli produk Pure Beauty so dapat banyak free gift. So, I think why not I try the sample and share with you guys.

Sebenarnya rambut aku ni sensitif sikit bab nak try syampu baru. Tapi takpe lah sebab aku rasa rugi lah kalau tak try. Kalau nak tahu, aku selalu je guna free sample pencuci muka macam-macam. Thank God tak jadi apa-apa kat muka aku ni haa. 

Aku tak pasti Pure Beauty Moisture & Repair ni produk baru atau pun tak. Untuk set treatment rambut ni ada empat kategori; Shampoo, Conditioner, Hair Mask dan Hair Care Oil. Untuk sample yang aku dapat ni just ada syampu dan conditioner sahaja.


Aku dah pun cuba sample tersebut dan hasilnya tersangatlah bagus for those yang ada masalah rambut kering, kasar dan kusut macam aku. Haha LOL. To be honest, aku memang ada masalah rambut tersebut dan sangat susah nak cari syampu yang sesuai. Kebanyakan syampu yang aku try buat rambut aku lagi kering. Kebiasaannya lepas guna syampu, aku kena apply minyak rambut, aku guna olive oil guys. Aku perhati kawan-kawan aku takda pun pakai minyak kat kepala.

Syampu ni wangi dan bau dia lekat satu hari kat kepala. Masa apply tu rasa cool, fresh sejuk-sejuk macam tu. Overall, okay je syampu ni. Lepas dah try tu, rasa ada perubahan pada rambut. Rambut rasa lagi lembut sedikit dan rambut aku tak kering! I was shocked too sebab jarang syampu berkesan kat rambut aku ni. Masa ni dah happy la. Tunggu esok, my hair back to normal. Haha. Rambut kering kembali tapi rambut still lembut. Aku memang kena apply hair oil.

Aku tak rasa ramai orang ada masalah macam aku ni. So, I think this syampoo does its job. Apa yang special mengenai Pure Beauty Moisture & Repair ni, ia diperbuat daripada tumbuhan semulajadi.


  • Plant-derived Red Repair Complex (Camellia Japonica seed oil, Pomegranate extract, Red Ginseng extract, Japanese Cornelian Cherry extract, Paeonia Albiflora root extract) intensively moisturises scalp and nourishes hair to restore natural shine
  • Pomegranate Extract is a powerful antioxidant, effectively defends against free radicals which helps to protect hair from damage
  • Red Ginseng Extract intensively nourishes hair roots
  • Camellia Japonica Seed Oil instantly repair damage
  • Free from 6 harmful substances: Silicones, Parabens, Benzophenone, colourants, mineral oils and animal materials


So maybe lepas ni aku akan beli satu set Pure Beauty Moisture & Repair. Nak try guna, mana tahu masalah rambut aku dapat diselesaikan. Yehaa.

The price of the product:
  1. Moisture & Repair Treatment Shampoo 500ml RM26.90
  2. Moisture & Repair Treatment Conditioner 500ml RM26.90
  3. Moisture & Repair Treatment Hair Mask 200g RM25.90
  4. Moisture & Repair Treatment Hair Oil 60ml RM19.90
*Beli lah weekend dapat discount.



Korang tahu tak kenapa Paraben dikategorikan sebagai bahan yang merbahaya? Sebab setahu aku banyak je produk kecantikan yang gunakan Paraben. Aku ada baca, Paraben ni boleh akibatkan kanser tapi itu dalam kajian tak sahih pun lagi. If you happen to know any article for me to read about this matter, comment down below.

Sekian.


5 September 2017

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

Hey guys.

Cuba nasib join giveaway. Hehe. Hari ni dah last. Harap-harap diterima.


I choose this mask :)


Till we meet again!



4 September 2017

PART 3: Bercuti di Pulau Pangkor

Hey guys.


The last part of my short vacay to Pangkor Island. Hari ni baru sempat nak menaip di blog memandangkan 2 minggu lepas ada beberapa urusan yang aku perlu selesaikan.


Bagi yang berminat nak baca Part 1 dan Part 2 boleh tekan link bawah:

Hari ke-2 di Pangkor. Awal pagi kami dah bangun bersiap untuk sarapan dan aktiviti terakhir iaitu berkayak. Cuaca pada hari tersebut tidak mengizinkan kami untuk melakukan aktiviti berkayak. Sempat berkayak dalam 15 minit macam tu je sebab hujan lebat tiba-tiba. Memandangkan tengahari tu kami dah nak checkout, so terus pulang ke bilik dan mengemas barang.



Pada jam 1130, kami menunggu teksi berhampiran tempat menginap dan sempat lah bergambar sementara menunggu. Kami tiba di jeti jam 1230, tak ramai orang pun masa sampai di jeti. Kami pun sempat la jalan-jalan sekitar jeti. Lepas tu bila datang balik jeti, ramai pula yang beratur nak naik feri. Hahaa. Lama juga lah menunggu. Pukul 3 petang baru dapat naik feri. Sepanjang perjalanan dalam feri tu aku tidur je sebab penat sangat. Dalam pukul 4 macam tu baru lah pulang ke rumah kawan. Setibanya di rumah, kami dihidangkan nasi dagang (terima kasih tuan rumah).

Malam tu kami berempat keluar lagi. Keluar makan di sebuah kedai nama Lemboy kalau tak silap, menyediakan hidangan western. So malam tersebut aku order chicken grill + apple juice. Harga belasan ringgit, aku dah lupa. Hehe. Selepas makan kami singgah di kedai dobi layan diri. Basuh pakaian apa semua. Lama menunggu sampai tahap rasa nak tidur kat kedai dobi. Sampai je rumah terus tidur. 

Keesokan harinya, masing-masing bangun lambat dalam pukul 10 macam tu la. Hehe. Semua penat kan. Lepas tu kami sarapan nasi goreng (terima kasih tuan rumah) dan keluar jalan-jalan sekitar manjung. Pukul 1 tengahari kami singgah tengok wayang di AEON Mall Manjung. Plan awal nak tengok Bad Genius tapi tak ada pula. Maka tengok lah Annabelle. Aku tak suka tengok cerita seram sebab aku ni penakut. Hahaha. Tapi aku yang suggest tengok Annabelle. Hehe. Tapi Annabelle tak ada lah seram mana pun just banyak scene yang buat kita rasa terkejut. Lepas tu jalan-jalan di kawasan jeti. Masa kat taman tu, kami kena kejar anjing. Sumpah masa ni nak tercabut jantung aku. Yang jahatnya kawan aku siap record video lagi. Anjing tu baik je sebenarnya. Tuan dia cakap 'jangan takut, jangan takut, dia mahu kawan sama kamu'. Hahaa, masalahnya aku mana boleh pegang. Kalau tak, tak ada lah nak lari sampai panjat tiang. Hahahaha. Kelakar bila ingat balik.


Selepas tu kawan aku ajak singgah di Hutan Paya Bakau. Dekat je dengan rumah dia. Banyak monyet kat situ tapi tak gigit orang pun. Tak sempat pun jalan-jalan dalam tu, sempat bergambar je sebab dah lewat petang. Malam tu aku dan dua orang lagi rakan dah nak balik Besut. Setibanya di rumah, kami semua bersiap-siap get ready nak balik dah. Malam tu sempat makan nasi lauk udang masak merah dan sup ayam (terima kasih tuan rumah). Banyak dah jimat dapat makan makanan free. Tuan rumah tu kakak kepada kawan aku. Hehe.


Pukul 745 malam, kawan aku hantar ke terminal bas dan kami menaiki bas dan tiba di Besut dengan selamat. Maka berakhirlah percutian 3 hari 2 malam kami di Manjung dan Pangkor. Next plan, nak ke Sabah. Mungkin tahun depan (kalau cukup bajet).

Sebelum berakhir, hari tu aku ada share mengenai backpack yang aku beli dengan harga RM19.95 di aplikasi Shopee. Kualiti bag sangat bagus. Korang boleh la kalau nak tengok-tengok. Klik link ni CRC MALL. Tapi backpack yang aku beli tu dah soldout. Heheh. Tak sempat nak ambil gambar.

Sekian. See you next time.