5 February 2018

WINNERS - DAY 1 OF 12 DAYS OF BEAUTY

Hey guys.

Lamanya tak menaip. Sebenarnya ada je beberapa post yang aku dah taip tapi itulah kadang-kadang separuh jalan je maka mereput lah di folder draft lol.


Selama sebulan tahun baru berlalu, ada beberapa peristiwa yang terjadi kepada diri aku. Antaranya, aku diumumkan sebagai salah seorang pemenang DAY 1 OF 12 DAYS OF BEAUTY (The Christmas Giveaway) yang telah dianjurkan oleh Althea Korea. Yuhuu 😍. Rezeki tak putus-putus, sebelum ni menang contest Lazada (tak claim lagi sebab tak tahu nak beli apa. Suggestion please). Hehe. Alhamdulillah.

Seramai 100 orang pemenang telah dipilih. Banyak gila kan?! So, aku antara salah seorang yang bertuah. Hadiah giveaway adalah Suaviss' Colmado Body Wash Gift Set containing 5 deluxe sized shower gel. Perfect size kalau nak travel. Yihaa.


Comel gila dan sayang nak guna. Akan digunakan kalau aku travel ke mana-mana nanti. Selama 12 hari giveaway berlangsung, ada beberapa lagi yang aku join, tapi satu ni je yang menang. Hehe. Giveaway ni berlangsung sepenuhnya di blog Althea Korea. Aku ada join contest di Instagram Althea Korea jugak dan dengan rasa penuh syukur, aku menang lagi sekali guys! Haa, nak tahu apa hadiahnya, tunggu next entry 😋


Belanja gambar je la ye. Hehe. What is colmado? 🤔

Sekian ❤️

2 comments:

Drop your comments :)