Hello, guys.
Tatkala entri kali ini ditulis, aku sudah berada di kolej. Hehe. Final semester dah bermula. So lepas ni blog ni akan jarang diupdate. Ditambah dengan kesibukan final year project dan kekeringan idea nak berblogging. Hahaa. Itu biasa.
So, nak dipendekkan cerita, aku nak berkongsi sedikit pengalaman shopping di Uniqlo Malaysia. Aku sangat gemar membeli baju di Uniqlo. Kalau pergi mall, aku akan singgah Uniqlo. Aku paling suka dengan t-shirt UT graphics Uniqlo. Design semua lawa-lawa dan cantik. Brand Uniqlo ni macam-macam ada dari pakaian casual, formal, kids, dan sport.
Setakat ni aku hanya membeli tshirt dan jeans sahaja. Memandangkan aku ni student yang tak berapa nak ada duit sangat, of course lah membeli ketika ada sale. Tapi kualiti yang diberikan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. So, lets Shop at Uniqlo for the latest Women's Collection!
T-shirt Line Friends antara kesukaan aku since aku memang minat betul dengan Brown and Cony (character Line). Aku ada 2 helai t-shirt line dan kualiti kain dia memang terbaik. Bukan Line Friends je ada. Jenama-jenama seperti SPRZ NY, Sanrio, Lisa Larson, Haibara, Marvel, Disney, Beauty and The Beast etc. Korang boleh tengok sendiri di website Uniqlo Malaysia. Aku suka pakai t-shirt macam ni sebab besar selesa dan tak panas. Ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Walaupun aku perempuan tapi aku lebih suka t-shirt cutting lelaki sebab lebih besar dan labuh sesuai untuk aktiviti seharian.
Untuk para lelaki juga banyak pakaian-pakaian casual yang diperbuat daripada kualiti fabrik yang bermutu tinggi. Apa yang aku suka mengenai brand Uniqlo ni, di website Uniqlo dia explain satu persatu jenis fabric yang digunakan dan korang boleh tahu baju yang korang nak beli tu jenis apa dan siap ada gambar close up lagi.
Aku ada beli satu sweater ala-ala t-shirt Uniqlo dan ada explanation tentang fabrik yang digunakan pada tag baju tersebut. So, macam wow la kan sebab sweater yang aku beli tu nipis tapi bila pakai pada musim sejuk memang warm sangat. So men out there, lets Shop online for the latest Men's Collection Sale at Uniqlo!
Untuk entri kali ni, aku nak bagi special kupon untuk korang semua shopping online di Uniqlo. You just need to Enter This Uniqlo Coupon Code To Enjoy RM10 OFF!
Thank you.
Tak tahu kenapa saya tak berkenan dengan baju2 dekat uniqlo haha. lebih tertarik dengan baju typography Brands Outlet yang 3 RM50 tu hehe.
ReplyDeleteMasing2 ada taste sendiri kan syed. Brands outlet pun not bad :)
DeleteMasing2 ada taste sendiri kan syed. Brands outlet pun not bad :)
Delete