27 May 2014

Menang Segmen dari LabyRinth

Assalamualaikum.

Hai guys. Tak ku sangka tak ku duga, akhirnya menang jugak segmen. Hahaha. Walaupun sekadar menang hadiah saguhati. Cerita dia, habis je belajar, terus aktif blogging. Segmen GA semua aku join. Alhamdulillah ada rezeki menang saguhati dari Zafirah atau labyRinth. (Nama dari blog) Maaf kalau tersilap.



Envelope masih fresh. Baru je sampai pagi tadi. Terus update. Keh2. Excited la katakan.




Taraa ! Ni lah hadiahnya kecil molek comel je. Hehe.



Yeahh. Ni dia hadiah saguhati. Handkerchief polkadot gitu.



So, jangan lupa singgah dan follow blog Labyrinth ni. :D

Actually, ni bukan lah kali pertama menang segmen or GA. Kalau tak silap dah kali kelima. Sebelum ni pernah menang topup, header blog, cursor. Tapi yang sedihnya, tiap kali menang barangan blog macam header, cursor tu, aku tak pernah dapat. Kononnya disuruh bagi details. Nak yang macam mana. Eh bila kita bagi tahu, dia senyap pulak. Sampai sekarang. Hahaha. Nasib baik aku ni jenis cool. Nasihat aku tak baik tipu orang.

Bukan tu je. Banyak kalilah kena tipu. Malas je nak mention. Haha.

Forever love.
Sekian.


25 May 2014

Lawak Kampus vs Lawak Under 18

Assalamualaikum.

Hey hai ! Rindu saya tak ? Ngehh. Entah kenapa semenjak dua menjak ni rasa malas nak blogging. Haha. Mood tengok movie main game je. Sesungguhnya inilah realiti orang yang sedang menanam anggur.

Selain tengok movie main game, baca komik juga satu hobi di masa cuti yang paling best. Haha. Yeahh. Of course la aku kan minat membaca tapi baca bahan yang ringan-ringan je. Kalau baca novel, setahun belum tentu habis baca. Keh keh. 


Setelah diteliti dan habis khatam dua buah buku ni, dan seharusnya Lawak Kampus tetap dihati. Cerita dia, ni first time beli dan baca Lawak Under 18. Tapi tak lawak pun. Hahahaha. Atau aku yang tak faham lawak yang disampaikan. Boleh jadi aku tak rapat sangat dengan watak-watak dalam Lawak Under 18. Ecehh.

Aku dah pernah baca la Under 18 ni masa Form 1 dulu-dulu. Dah lama kot. Hehe. Under 18 no fear, fear no more. Apa ntah lagi. Komik karya Zint ni best juga cuma lawak dia ni aku tak faham.

Saya pilih Lawak Kampus. Anda bagaimana ? :p

Forever love.
Sekian.


20 May 2014

CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Hey guys. Lately aku busy sikit. Ecehh. Busy mengalahkan orang dah kerja. Haha. Hari ni sempat blogging jap. Blogwalking kawan2 seperjuangan.

Update Nuffnang jap tadi. Tetiba dapat CPUV. Perghh. Happy sangat lah. Rezeki. Alhamdulillah. Rasanya dah kali ke-4 kot aku dapat. Tapi sebelum ni dapat yang dah ada status credited.


Yang terbaru masih ongoing. Aku tak berapa nak faham sangat. Tapi yang aku tahu kalau ongoing maknanya ads tu still ada dalam blog. Kalau yang credited maknanya amount dia dah masuk la. Haa. Ye dok ?

Oke lah. Jom support Nuffnang. Takleh nak merapu panjang2. Busy. Hehehe.

Forever love.
Sekian.



12 May 2014

Kumpul Setem

Assalamualaikum.

Hey guys. Bertemu lagi kita pada hari ini bersama saya penulis blog comel dan semestinya saya comel juga. Hahaha.

Oke. Jangan nak kelaut sangat. Actually nak kongsi pasal hobi collecting stamp atau dalam bahasa Melayu, kumpul setem. Cerita dia, aku kan tengah cuti. So, tetiba mood rajin nak kemas buku-buku lama. Then, aku jumpa satu buku bersaiz A5. Buku tu dah lama. Masa form 1 or 2.

Masa buka buku tu, aku tengok ada setem dalam tu. Nak kata banyak tak jugak. Tapi ada lah sikit-sikit. Bila ingat-ingat balik, zaman kanak-kanak dulu aku pernah kumpul setem. Ada kelass gitu hobi aku. Hahaha.



Koleksi setem RM1 dan 60sen.



Yang ni semua setem 50sen.



Setem 30sen yang paling banyak.



Yang ni setem 10sen dan 20sen. 

Setem2 ni semua setem Malaysia je. Sekarang dah 19, adakah aku akan sambung balik hobi ni ? Ecehh. Dulu dengan sekarang tak sama. Dulu surat kebanyakan guna setem. Tu aku ambil dari surat2 yang sampai kat rumah la tu. Sekarang ni dah tak ada surat yang ada setem2 macam ni sampai rumah. 

Forever love.
Sekian.

10 May 2014

Liebster Award by Eikin

Assalamualaikum.




Hey guys. Kali ni kena tag oleh Eikin. Yeahh. Introduce sikit. Eikin ni satu universiti dengan Eizz. Satu lecture hall masa sem 1. Oke. Jangan lupa follow Eikin

Aku tak tahu game apa ni. Tapi soal jawab biasa macam pernah join masa muda2 dulu. Hahaha. Masanya untuk jawab soalan Eikin.

1. How long you have been blogging ?
Since 2009.

2. In your purse rn, how much money that you got ?
37 Ringgit Malaysia

3. Your crush name started with what alphabet ?
Oh my crush Capital I !

4. List 2 songs that you doesn't know what the song means by.
Piece of Castle, Anklebiters.

5. Doraemon or Shin Chan ?
Mon mon Do-ra-e-mon !

6. Your dream house ?




7. Being a teacher or police officer ?
Teacher yeahh !

8. Name of your favourite singer / band ?
Paramore, CN Blue

9. What's your talent but it's weird in people eyes ?
Dance. Hahaha

10. How was your feeling when you have to answer all of this questions ?
Tambah lagi 10 soalan baru tahu rasa dia cemana. Hihihi :p

Oke. Done. Taknak tag orang lain takpa kan ? Hee

Forever love.
Sekian.



9 May 2014

Result Semester 2

Assalamualaikum..



Hey guys. Final result aku dah keluar. Nampaknya dah boleh gelar diri sebagai ex student Foundation In Science, UiTM Puncak Alam. Yeahh. Seawal jam 12 semalam, kitaorang dah boleh cek result. Of course la aku tunggu. Tak lena kau nak tidur.

Tunggu punya tunggu depan laptop hadap emel. Refresh dan refresh. Takda pun emel. Hahaa. Aku pun decide sambung tengok movie. Layan movie sat sampai pukul 1.15 am. Takda jugak emel. Last2 aku tidur. Nak dipendekkan cerita, lepas subuh terus cek. Buka and then spechless. Alhamdulillah. Tidak mengecewakan. Tak sia2 lah belajar sampai keluar air mata sebelum ni. Hahaha.

I'm so happy. Thank you kepada mak ayah yang bagi sokongan. Thank you kepada lecturer yang dah bagi tujuk ajar. Thank you untuk kawan2 yang paling banyak membantu. Thank you kepada semua yang mendoakan diri ini.

Tak sempat nak printscreen. Hahaa. Yang pasti Math dengan Physics aku dapat A. Happy sangat ! Biology dengan Chemistry sekadar B. Hahaha.  So, anggar2 sendiri lah pointer aku berapa. :p

Happy sangat sebab aku dari SPM tak suka Physics. Tak pernah dapat A. SPM tak dapat A pun. Memang tak suka la Physics ni. Kali ni Physics aku dapat A. Sapa cakap aku tak boleh. Hahaha.

Dan yang paling penting, aku tak tahu nak sambung apa. Seriously tak tahu. Macam orang takda hala tuju hidup. Suggestion ?

Forever love.
Sekian.


6 May 2014

Korean Drama : Hotel King

Assalamualaikum.

Hey guys. Sekarang tengah cuti. Mood gua mood tengok korean drama. Hahaha. Actually, aku tak minat pun korean2. Tak pernah tengok. Aku mula tengok drama korea ni last year, masa tu tengok The Inheritors dekat channel One. Aku pun rasa eh macam best. Lepas tu terus tengok online beb. Dan lepas tu aku sambung tengok drama korea lain. Semua aku tengok lah. Sampaikan housemate pun tegur. Dulu kan kononnya tak minat. Hehe.

Oke. Hari ni nak review drama Hotel King. Drama baru. Segar fresh lagi. Ecehh. Tapi aku tak start tengok lagi. Nak habiskan A Gentleman's Dignity dulu. Best laa drama ni. Gelak ter-bahak2 kau.



Hotel King

Description:
A love story between an heiress who tries to save her father’s legacy, the one and only seven-star hotel in the nation and the hotel manager who becomes an enemy to his own father who abandoned him in order to help the heiress.
Category: Korean Drama
Status: Ongoing
Released: 2014
Rating: Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full Rating Star Full 9.63 (646 Votes) Rate it!
Genres: dramaRomance

Source : Good Drama

Drama lakonan Lee Dong Wook dan Lee Da Hae. Jangan lupa tonton online.

Forever love.
Sekian.

5 May 2014

Blog Berubah Wajah

Assalamualaikum.

Hey guys. Yeahh. Akhirnya berjaya jugak aku edit blog. Fuhh. Penat. Rasanya dah masuk kali ke 7 aku tukar template blog. Hahaha. Well. Dah 6 tahun kot aku blogging. Tenggelam timbul. Dari form 2 kot. Dulu dah pernah delete blog lepas tu muncul dengan blog ni sampai sekarang.





Template lama. Cantiknya. Huahua. Puji diri sendiri. -,- Aku tukar template bersebab. Adalah sebabnya. Bertukar kepada simple template. Ya, aku sukakannya dan akan diupgrade dari masa ke semasa. Ecehh.

Dan. Aku ada blog lagi satu. Khas untuk join GA, segment, contest dll. Aku sayang blog tu, sebab dulu aku suka edit blog guna denim template. Sekarang ni aku dah malas nak edit blog. Dah pening nak main dengan code. Huahua.


Macam ni la rupa blog aku. Ni gambar lama. Masa first2 siap. Nak visit klik gambar. Hee. Kalau nak invite aku join giveaway contest boleh laa. Suka sangat join tapi yang syarat dia simple2 je. Yang follow2 facebook tu oke la. Kalau follow instagram twitter aku susah sikit nak join.  Heheh.

Oke. That's all.
Forever love.
Sekian.


3 May 2014

Novel Cintaku Tertinggal di Korea

Assalamualaikum..

Hai guys. To be honest, mood nak blogging aku sekarang ni dah tak macam dulu. Sebab, akak2, abang2, kawan sebaya yang baik2 dengan aku semua dah jarang update. Semestinya aku rindu dorang. Hahaha.

Oke. Hari ni nak review novel Cintaku Tertinggal di Korea. Dah lama aku beli, sebulan yang lalu. Actually aku tak suka baca novel. Novel ni aku beli khas untuk bestie aku. Today aku nak bagi dia. Sama2 celebrate belated birthday aku dengan dia hari ni. Sweet tak ? Bff birthday bulan sama. Weehuu.



"Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?" - SON MIN HYUK

"Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje." - AIMIN HAZWANI

Opsss... Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.

Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.

“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. - AIMIN HAZWANI
“Tapi… saya sebenarnya dah…” - SON MIN HYUK
“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” - AIMIN HAZWANI
Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.
Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.
“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF
Siapakah Adam Yusuf?

RM26.00

Sekian.