Assalamualaikum.
Hey guys. Rindu yang amat nak blogging macam dulu2. What can I do when I am super busy with my final year project.
Heeyaaa. So dalam kesibukan tu aku sempat je baca blog2 yang aku suka. Jadi silent reader, kalau rajin komen. Hehe. Aku ada terbaca satu entri blog, she shared about her personality. She was INTJ. Aku punya curious tu, terus lah google apa tu INTJ. Ahhh rupanya salah satu daripada 16 personaliti Myers–Briggs Type Indicator (MBTI). Ini yang ada kaitan dengan psikologi. Aku tak faham sangat. Heheh. Lebih kurang macam mana seseorang tu bertindak dan buat keputusan. Something like that but hey you can read it in any trusted site.
So aku pun nak tahu jugak aku ni jenis yang macam mana. Selepas google sana baca itu dan ini. I found a website that provide the personality test. Ada beberapa soalan yang perlu dijawab and lastly the result came out.
Yeah. I am ISFJ. Bila baca segala description memang totally true, that-was-so-me.
INTOVERT
Yeah. I am. Sesetengah orang cakap there is no good being such an introvert. Tapi, macam mana nak cakap eh, people should accept us, respect us for who we are. Everyone has their own ability and why would we act like others when being ourselves are the best thing in this world. Hew hew. Aku memang suka buat hal sendiri. Study sorang2, orang ajak main, aku rela tengok drama, ajak keluar jalan2, aku rela tidur. Bukan tak suka buat semua2 tu, tapi ada masa yang tertentu dengan orang2 yang tertentu.
OBSERVANT
Aku sangat ber-hati2 kalau buat kerja. Kadang2 tu lambat, hahaa. Lagi satu aku ni jenis ingat benda2 yang dah lama2. Even percakapan orang, mesej dan lain2. 4 tahun kemudian pun aku boleh ingat lagi. Mungkin itu lah salah satu kelebihan yang aku ada. Aku tak minat sangat membaca, tapi kalau aku tengok dan hadam betul2, benda tu jadi automatik lekat kat kepala. Macam nak exam, kadang tu aku ingat sesuatu benda tu pada kedudukan. Contoh nota sekian sekian aku tulis kat hujung kertas. So, bila ingat position, automatik jadi ingat benda tu.
FEELING
Perasaan. Based on apa yang aku baca, bila buat sesuatu perkara aku lebih fikirkan perasaan orang. Contohnya, bila ada orang mintak tolong, aku memang susah nak kata "tak". Aku sanggup je ikut orang buat itu ini terutama kawan sendiri. How can I said no. Sikap ni agak bahaya sebenarnya sebab sesiapa je boleh take us for granted. Kadang2 tu pernah je cakap tak boleh lepas tu mula lah ber-hari2 aku duk fikir benda tu. Lol. Rasa bersalah.
JUDGING
Judging ni boleh jadi baik dan tak baik. Aku admit yang aku suka judge orang tapi aku reflek pada diri aku. Lagi2 kalau orang tu aku tak suka. HAHAHA. Membara di hati cakap itu ini tapi cakap kat diri sendiri je lah. Tak adalah nak cakap kat orang tu. Then, why not we reflect ourself, why would we judged people when anyone have different background, passion, hobby and so forth.
TURBULENT
Yang ni taknak cakap banyak. Hidup ni memang banyak konflik pun, tapi I can manage them so far. Cepat stress, benda kecik je aku stress. Tak dapat control emosi, itu biasa. Heheh.
Jom test korang punya personality. Klik link bawah ni ye
Nanti jangan lupa share. Sekian.