22 March 2013

Alhamdulillah SPM aku

..Assalamualaikum..



Hei hei awak semua.. Macam mane result SPM korang yang batch95 terr ? Semalam lagi result keluar, tapi hari ni baru nak update sebab tak da kelapangan masa.. Di tambah pula dengan broadband yang buat hal.. ^_^

Aku nak umumkan result SPM aku.. Hihi.. Aku tak dapat strekkkkk A.. Maaflah.. Aku dah buat sehabis boleh.. Musnah harapan aku, bajet kononnya dapat semua A.. Tapi tak pe lah.. Aku tetap bersyukur.. Aku dapat 3A+ 2A 2A- 2B+.. Alhamdulillah.. 7A 2B.. Tapi aku sedih la jugak sebab terbabas dua subjek.. Subjek feveret aku time sekolah dulu2.. Fizik and addmath.. Hadoii.. Aku dah agak dah addmath tu sebab masa exam aku tak sempat jawab semua soalan.. Rasa nak nangis jugak la.. Fizik tu seriously aku cakap, aku jawab exam berdasarkan apa yang dah ada dalam kepala hotak aku ni.. Sebab malam sebelum exam tu, penyakit aku datang.. Sakit kepala yang amat sangat.. Aku paksa jugak belajar tapi satu pun tak masuk, last2 aku tidur krohhh krohhhh sampai pagi.. :')

Semalam bila cikgu umum nama aku, rasa bangga la jugak tapi aku dah tahu result aku, cek guna SMS.. Kih2.. Aku dah menangis bagai dah masa tu.. Aku bangga la dengan bestfriend aku.. Dia satu satunya pelajar sekolah aku yang dapat semua A.. Boy.. Ahmad Fadlan.. Ada aku pernah buat entri pasal dia.. Klik sini.. Dia dapat 9A.. Whoaaaa.. Pihak sekolah bagi SATU RIBU RINGGIT MALAYSIA depan mata dia.. Aku pun tumpang gembira jugak la masa tu sebab sekolah aku dah bertahun tak da yang dapat semua A.. Now, dia dah buktikan yang sekolah kitaorang ni tak da la seteruk yang orang luar sangkakan.. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri.. Kalau kita nak, InsyaAllah dapat ditambah pula dengan usaha, doa dan tawakal..

Berbalik pada result aku, aku malu sangat jumpa cikgu Fizik.. Aku malu.. Aku dah hampakan dia.. Aku dapat B+ je.. Tapi cikgu aku tak sekali pun tunjuk rasa sedih.. Sebaliknya dia terus bagi aku semangat and suruh aku jadi doktor.. Keh2.. Besor bebenor harapan seorang cikgu.. Cikgu addmath lagi lah, lepas aku salam, dia terus cakap "tak pe lah.. Tak leh nak ubah dah".. Sedih gilerrrr aku rasa.. Tapi tu la aku, aku memang pening addmath2 ni tapi aku minat math.. Sila malu dengan diri anda sebab anda dapat A+ subjek math.. Kah2.. Dan dan dan satu lagi, nak habaq sikit, aku dapat A+ BI.. Hehehe.. Terkejut gila wehh.. Teacher aku pun tak sangka aku dapat A+.. Terus dia belanja aku dan geng2 aku minum.. Hihi.. Thanks teacher..

#Slip SPM aku =D

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah buat kawan2 aku yang dapat result cemerlang.. Dan awak.. Tahniah jugak.. Tak lawan awak,, awak dapat 9A 2B.. Oke la tu awak.. Walaupun awak tak puas hati BI dapat B.. Maybe ada kesilapan.. Tak pun itu memang yang terbaik untuk awak.. Thanks jugak buat mama ayah cikgu2 yang selalu support aku.. Aku bersyukur dengan result aku walaupun aku sedih sebenarnya..


#Curi pic dari page sekolah aku.. Kih2

Ni lah antara wajah2 cemerlang sekolah aku.. SMK KUALA BESUT.. Yang mane satu aku ? Yang depan, dua dari kanan.. Purple ^_^ Kalau tak nampak buat2 nampak sebab kami semua kecik2 je.. Hihi

Oke lah.. Setakat tu je entri aku kali ini.. Have fun :D Kepada yang dapat result tak seberapa tu, jangan sedih2.. Masih ada banyak peluang.. Terima kasih Ya ALLAH.. Berikan aku pinjaman kecemerlangan ini.. :D

Najwa Latif dapat 4A wehh.. Oke la tu.. Tak de la kosong kosong kosong.. Kih2

..Sekian.. 

13 comments:

  1. wah tahniah terror tu jgn lupa sujud sykr ye ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ain~ mantaplah awak..semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi nanti :)

    ReplyDelete
  3. Tahniahh.... Gempakkk... :)

    Jemput la baca kisah keputusan sy pulakk ..:)

    http://hatikumasihterluka.blogspot.com/2013/03/my-spm-result.html

    ReplyDelete
  4. Tahniahh.. Gempakkkk.. :)
    Jemput la baca kisah keputusan sy pulakk.. :)

    http://hatikumasihterluka.blogspot.com/2013/03/my-spm-result.html

    ReplyDelete
  5. @||Sis aLeaSaRa|| : thanks.. yang tu of cooz buat lah.. =D

    ReplyDelete
  6. @vanillasnow : Thanks awak =D

    ReplyDelete
  7. @Aida Ismail : Thanks akak =D

    ReplyDelete
  8. tahniah! perjuangan masih jauh lg di depan... all the best!

    ReplyDelete
  9. tahniah, gud try :) kekalkan kecemerlangan smpai peringkat tertinggi ^^, jangan tersungkur sebelum berjuang ~

    ReplyDelete
  10. @CikPelangiSenja " Terima kasih untuk nasihat itu. InsyaAllah, I'll do my best !

    ReplyDelete

Drop your comments :)