12 April 2013

Ketepikan Minat

..Assalamualaikum..



Dalam hidup kita, ada sesuatu yang kita minat dan ada sesuatu yang kita tak minat tapi terpaksa minat. Haha. Harap faham -____- .Macam aku, aku minat muzik, fesyen, melukis dan seni. Tapi sepanjang hidup aku, aku tak pernah nak berusaha ketengahkan minat tu. Aku tak pernah belajar muzik. Aku hanya mendengar muzik. Aku tak pernah belajar fesyen. Aku hanya tahu berfesyen. :p Aku tak pernah belajar seni dengan mendalam, aku hanya tahu lukis2 conteng2 sesedap rasa. 

Tapi aku dah buat keputusan, aku akan ketepikan semua minat tu. Aku akan fokus dalam bidang Sains. Cehh. Bajet nak jadi doktor. InsyaAllah :D Tapi ada ke orang tahu, yang aku tak minat langsung nak belajar Sains ni. Sejak di tingkatan 4 lagi, aku dimasukkan ke kelas pertama, kelas Sains sebab keputusan PMR aku cam gempak gittew. Straight A's. :p . Nak tak nak aku belajar jugak subjek bio kimia fizik dan addmath tu. Yang agak susah sebenarnya. 

Tapi ada satu perasaan dalam diri aku yang sukar untuk aku fahami. Tapi aku bangga ada perasaan tu. Perasaan tanggungjawab. Sebab perasaan ni la, aku rasa aku wajib belajar walaupun tak minat. Aku buat semua yang cikgu suruh. Homework ! Done ! Jarang sangat aku tak siap. Walaupun rasa terbeban, tapi aku buat jugak, aku try jugak. Walaupun tak faham, kekadang aku buat2 faham. Dan keputusan terakhirnya, aku dapat 7A 2B SPM. Satu keputusan yang agak membanggakan. Kott :p

Sekarang, aku tengah pening nak fikir nak sambung apa. Kalau nak ikut minat, takkan la aku nak belajar muzik, seni.. Memang tak la. Dengan keputusan aku yang agak oke ni, aku dah buat keputusan nak sambung asasi kejuruteraan. Tapi orang2 kat sekeliling aku said NO! Aku kena sambung asasi Sains. Wah wah wah. Bercelaru sungguh fikiran aku. Dan aku dah buat keputusan, bagi memuaskan hati semua pihak, aku memilih asasi Sains. 

Walaupun aku tak minat tapi aku yakin aku boleh. Sebab adanya perasaan tanggungjawab kepada diri sendiri. Takkan nak biarkan diri aku hidup tak ada arah tuju. Mulai hari ni, aku akan lupakan segala minat2 aku. Itu semua tak penting. Yang penting aku akan buktikan kebolehan diri aku. 

Tapi ada sesetengah orang tu lebih mengutamakan minat. Aku sokong je orang macam ni. Fight to fight. Tapi aku tak boleh buat semua tu, sebab aku lebih memikirkan orang2 di sekeliling aku. Yang selalu support aku ! Bajet bagus je aku ni :p.

Maka, tamatlah angan2 nak jadi pemuzik dan pereka fesyen. LOL

Doakan aku dapat masuk universiti. :D

..SEKIAN..





11 comments:

  1. yg penting jangan sesekali putus asa :) teruskan usaha adik!

    ReplyDelete
  2. haha..cian dia..oke lar tuh ain..
    mungkin yg tuh lebih terjamin..amin..gud luck ya..wish me luck jugak erk? ^^

    ReplyDelete
  3. @ Haruno Hana 하나 : Yela kak. Thanks !

    ReplyDelete
  4. @nur hidayah : Oke ! Sama2 kita doakan :D

    ReplyDelete
  5. wahhh gila ....gempak kot 7 A..hehe congrats...pape pon pilihan kat kamu ok... :)

    ReplyDelete
  6. lama kelamaan, ianya menjadi minat..

    ReplyDelete
  7. gudluck ya. .moga dpt apa yg diingini. . :)

    ReplyDelete
  8. Salam. firstly tahniah sebab result yang gempak. Akak doakan adik dapat buat kputusan yang baik . btw good luck for ur life and move foward k ..

    ReplyDelete
  9. good gurl...terbaikkk..teruskan menimba ilmu..sentiasa berusaha menjadi yg lbh terbaik..

    ReplyDelete
  10. bILA DAH BERJAYA NANTI.. MINAT TUH TAKKAN HILANG.. MALAH KITA AKAN DAPAT 2 GUS SEKALI.. BIDANG YG TAK MINAT DGN YG TAK MINAT.. JUST KENA ENJOY YOURSELF DOING ANYTHING :D

    ReplyDelete
  11. ea..good luck..cantik result spm tu tau..hehe..budak2 sekarang ni makin pandai..otak geliga..hehe..kadang2 tu kan apa yg kita minat ni tak selalunya jadi pilihan kta masa masuk u..huhu.. kta cuma ikut result ja

    ReplyDelete

Drop your comments :)