30 May 2013

Kuala Besut - Pantai Dalam - Puncak Alam

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik, lagi satu hari aku kat rumah. Esok, last day. Buat majlis kesyukuran kecil-kecilan. Maybe, esok dah tak online sebab nak prepare barang2. Nak kemas apa yang patut, cek balik kot ada yang tertinggal. Dan tak bawak lappy. :'(

Tapi jagan risau, still boleh online. Lappy tu akak yang punya. So, aku bawak netbook kecik aku ni je. Tak suka sangat sebenarnya online guna netbook sebab kecik. Hukhuk. Tak da barang pun dalam netbook ni, semua dokumen2 aku dalam lappy. Macam susah la sikit. Tapi tak pe lah. ^_^


Saje nak letak pic ni. Kawan2 aku semua dah sambung belajar. Tinggal yang pakai baju cream tu je belum. Susah payah aku curi gambar ni kat instagram kawan. Hekhek. Kau boleh ke curi gambar kat instagram ? Hanya orang2 tertentu je boleh. Semestinya hacker macam aku. Haha :p


Yang pakai tudung purple tu aku. The slimmy skinny girl. Hukhuk. Kawan yang first dari kiri sekarang belajar kat Matrikulasi Pahang. Second, Kolej Mara Kuala Nerang. Yang belah kanan, belajar kat Matrikulasi Penang. :)

Dan aku bakal student UiTM Puncak Alam. Hari Sabtu nak gerak dari hometown, Kuala Besut. Terus pergi rumah akak aku kat Pantai Dalam KL. Bermalam kat sana and pagi Ahad terus ke Puncak Alam :)

Yang bestnya, aku dapat sekali dengan bestfriend aku, boy. Nama Fadlan. Pernah sebelum ni tulis entri pasal dia. Aku betul2 close dengan dia. As a friend aje lah. Sememangnya kami tak dapat dipisahkan. :p Dan si Fadlan jugak lah yang dah kenalkan aku dengan 'dia'. :p Err, macam tu lah.

So, hari ni aku nak blogwalking puas2. :)

Always Love,

29 May 2013

Follower ke 1000 : Iwan

Assalamualaikum..

Selama hampir 3 tahun kurang lebih bergelar blogger, akhirnya follower dah mencecah 1K. Gembira ? Of coz la. :D Teringat first time buat blog dulu2, blur habis tak tahu apa2. Blog ni merupakan blog ke-2. Blog yang first hanya bertahan selama 3 bulan kalau tak silap. Follower masa tu 73. Then, delete. Se-mata2 nak tukar URL blog. Padahal boleh je tukar. Haha. Dulu tak tahu apa2. 

Blog ni pun dah dua kali tukar URL. Dan rasanya dah tak nak tukar lagi sebab aeinafq tu membawa sejuta maksud buatku. Hekhek. :p Aku bukan blogger pemes, so nak kumpul follower sampai 1K tu memerlukan kerja keras juga la, dengan meng-follow blog2 lain juga.

Semakin lama blogging, terasa semakin bahagia kerana dapat mengenali kawan2 yang baik. Thanks, Kak Nana, Kak Hana, Kak Anis, sebab banyak bagi komen berunsur nasihat. Cehh. Dah anggap kakak2 semua macam kakak sendiri. Kepada yang aku tak tag tu, jangan terasa hati pula. Hehe. :p

Panjang pula intro, hehe. Tahniah kepada follower yang ke 1000 blog putih hitam aku yang tak seberapa ni. Tahniah buat Iwan :) Korang semua boleh follow blog Iwan, nanti dia follow balik. Hehehe. :p

Di sini juga, aku nak potretkan semua follower dari 100 ke 1000 yang aku dah printskrin. :)

Dalam ni ada 2 orang kawan aku. Hehe. Template dulu, pink. :) Dah lama simpan pic ni, tunggu follower 1K. :p

Masih lagi template sama dengan yang atas :)


Aku sayang template ni :) Tapi biasa la, sekali2 nak juga tukar.


Tak sempat nak printskrin 400 betul2 sebab masa ni kat asrama. Balik jarang. Bila dah online, dah jadi 427 :)


Masa ni gila Domo. Guna template by Nabila Medan :)

Sememangnya tak boleh terpisah dengan warna pink. Tukar template balik. Sayang gila template ni sebab edit sendiri tapi tak da back up :(


Masa ni dah tukar biru kerana ada satu sebab yang tak perlu kau tahu. Mulai pada saat itu, aku mula tidak menyukai pink. :p


#800


900, template washed denim. First time guna tapi seketika cuma. :p

1000 ? Tak da. Haha. Dah printskrin tapi pic dalam lappy. Now online guna netbook. Malas nak transfer. Tapi yang pasti memang Iwan follower ke-1000. Dia siap cakap lagi kat chatbox aku tu. :p Kemain, takut aku tak perasan. Haha.

Tahniah kepada Iwan. :) Terima kasih kerana sudi follow blog awesome ni. Kahkah :p

Cepat2 terjah blog Iwan ye ! Done :)

Always Love,

GAME : Pou !

Assalamualaikum..

Setelah segala urusan nak berumah tangga selesai, eh, urusan nak p sambung belajar actually. Rasa lega sangat2, Nak2 yang part borang2 tu, kemain banyak. >_< Now, semua dah beres. Baju2 semua dah kemas elok2. Semangat tak ? Hari Sabtu ni baru nak bertolak pergi :) Tinggal urusan nak buat majlis kesyukuran kecil-kecilan je belum selesai. To my hubby, cehh, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Awal betul dia daftar. Hekhek. Tak perlu kau tahu siapa tapi masih orang yang sama. Bak kata orang dulu2, break getback. Understand ?

Dah lari tajuk aku ni. Hehe. Sebenarnya nak review game POU ! Sape main game ni ? Kita geng. *Aku pun dah ter-ikut2 ayat "kita geng" ni. :p Game ni best gila kot. Kalau nak main boleh download and install cepat2 dalam henpon korang yang canggih manggih tu. Tak payah tipu la, zaman sekarang ni semua orang pakai gadget yang mahal2 gittew. Tapi, aku still guna henpon cap itik warna pink + putih. Konon girly -__- Dah 2 tahun henpon tu bertahan dengan aku, jangan la rosak sebab mum tak bagi beli henpon canggih. Agak tak adil la, kakak boleh je guna yang canggih. :p

Stop it now. Terbabas jauh dari tajuk. Game Pou ni best sebab dia macam pet kita. Kita kena jaga. Kena bagi makan, kena mandikan dia. Dan yang paling best, Pou kena main game juga. Nanti Pou sedih kalau tak main. Macam kita la, kena aktif bersukan. Cehh :p

Layan gambor aje lah yer. Malas benor nak explain panjang2. Kang tersasul sana sini pula.


Comel tak Pou ? Boleh decorate sendiri design dia. Asalkan ada coin. Macam mana nak dapat coin ? Kena la rajin main games. :)


Yang ni kitchen. Tempat Pou makan. Kalau food habis kena beli. Semua Pou makan. Sushi, roti, susu etc.


Yang ni lab. Tempat Pou mandi. Kena berus badan Pou guna sabun warna biru tu. Boleh beli potions juga kalau nak tambah energy Pou or nak Pou cepat membesar. :)


Yang ni pula bedroom Pou. Boleh decorate sendiri wallpaper kat belakang. Nak bagi nampak cantik. Kalau dah tak nak main, sentuh lamp tu, nanti Pou akan tidur. Hehe


Yang ni hall. Touch je kat mikrofon tu, nanti dah on. Korang cakap la apa2 pun, nanti Pou akan ikut. :)


Yang ni garden. Wuuu, cantiknya bunga daisy. Daisy ke apa entah. Tak tahu pula, Hahaha. Kena selalu siram guna awan tu. 


Yang ni pandangan luar rumah Pou. Buruk benor. Hehe. Tak cukup coin lagi nak decorate lawa2. See, aku baru je level 14.

Pou boleh main 12 game semuanya. Food Drop, Sky Jump, Free Fall, Color Match, Match Tap, Color Tap, Sad Tap, Pou Popper, Find Pou, Memory, Connect and Pou Sound.

So, sape yang tak try lagi, boleh try main. Memang nampak macam game budak2 tapi oke la setakat nak release tension. Ye dok ? :p

Always Love,




28 May 2013

IWEEP - Irise : The Chronologies

Assalamualaikum..




Hai uolls ! Hari ni nak review novel yang bertajuk "The Chronologies". Novel ni kecik je, tak terlalu tebal. Sesuai untuk yang malas nak membaca macam aku. Haha. Sebab korang mesti baca novelet ni, first, dalam satu novel ada banyak cerita. Macam cerpen la. Semua pendek2. Dan yang bestnya, semua cerita berkisar tentang hati yang lara lagi duka. Macam orang yang frust dalam bercinta. Kehkeh.

Second, novel ni bercampur. Ada malay and english. Tapi lebih kepada malay la. Tapi best la kan. Variasi. Novel ni terdiri daripada penulis2 seperti Ze Bent Pencil, Sake, Rifa Johan, Niya Adriane, Nasyrun Malik, Naim Azim, Martini Muaz, Izza Hashim, Haryadi Hamid, Hana Ahmad, Fza Ibrahim, Abu Abbas, Zoul Yazix, Amiey White dan Qiez Medusa Ar. Fuhh, ramai gila kan. Tapi cerita dalam novel ni semua best2. Tak rugi kalau baca. :)

Third, harga murah. Tak sampai sepuluh hingget pun. I think, kurang lebih RM8. Dah lupa. Sebab kat novel tu tak da tulis harga. Mohon maaf andai tersilap. Sebab bil beli novel ni dah aku buang. Hihi. :p

Cerpen yang paling aku suka dalam novel ni, "Bunga Tisu" by Rifa Johan. Ceritanya amat pendek tapi maksudnya terlalu mendalam. Menusuk kalbu. Cerpen ni juga, bergambar. Ilustrasi memang cantik gila lah !

Dan aku suka juga "Tapi Dia Bekas Teman Wanita, Tidak Pernah Balas SMS Kau" by Nasyrun Malik. Cerpen ni macam kena dengan diri aku. Seorang wanita yang tak pernah balas SMS bekas teman lelakinya. Haha. :p

Yang lain2 pun best jugak. 29 cerpen kesemuanya kalau tak silap. So, tunggu apa lagi, segera lah ke kedai buku berhampiran anda dan sila beli. :p



Always Love,

26 May 2013

GAME : Again and Again :)

Assalamualaikum..

Masihkah kau ingat game sebelas2 tu ? Kena tag lagi. Yang keempat kali dah I think. Tapi tak pe. Aku tak kan hampakan blogger yang menge-tag diri ini. Dah macam exam kena jawab2 soalan. Hehe :)

Kali ni, Sarah yang tag. 18 y/o. Sama :) Dilahirkan di Hospital Jerteh, Terengganu. Selalu je lepak kat Jerteh tu. :) Dekat dengan rumah. Hehe. Tak da lah dekat sangat. Boleh laa.



Macam biasa, rules tak nak ikut. Sesedap aku je kan. Hehe. Tolong jawab je.


1. Lahir kat mana?
  • Dilahirkan di Kuala Besut, Terengganu :) Anak jati Teganu, menetap di Teganu tapi dok cakap Ganu deh. Kecek Kelate. Hehe

2. Cita-cita kalian?
  • Dulu masa sekolah rendah, cita2 nak jadi arkitek. Cehh. Tapi sekarang dah tukar, teringin nak jadi doktor. Hoho. In Shaa Allah :)


3. Hobi dimasa lapang?
  • Hobi blogging. Kalau sehari tak makan nasi pun tak pa. Janji boleh hadap blog. Haha. Suka jugak baca buku tapi ambil masa lama untuk habiskan sesebuah buku.

4. Rabun tak. Power berapa?
  • Tak rabun. Mata sihat walafiat. Hehe

5.Suka baca majalah apa?
  • Selalu baca majalah Dara. Tapi time rasa nak baca je beli. Bukan peminat setia. Selalu baca komik je.

6. Makanan kegemaran korang?
  • Dah pernah jawab soalan ni. Suka makan seafood. Laksa penang. Budu hikhok :p + air lobak.

7. 'Politik'. Apa pandangan korang? 
  • Politik berasal daripada perkataan poli + itik. Jadi lah politik. Haha. Tak nak jawab. Sebab kalau aku jawab. Esok pun tak habis entri ni. Hehe. Blackout. Eh ?

8. Minat bersukan tak? sukan apa yang paling best?
  • Tak minat. Aku memang pasif dalam bersukan. Kalau kat sekolah dulu, aku join merentas desa je. Haha. Walaupun pernah jadi Pengerusi Kelab Tenis, tapi tak pernah main pun. Aku join kelab tu sebab tak da orang sangat yang join. :p

9. Pernah putus cinta tak?
  • Kalau cakap tak pernah, nampak benor menipunya. Pernah la sekali dua. Disakiti, tersakiti. Cehh.

10.Suka 'belajar' tak? kenapa?
  • Belajar kat sekolah suka. Belajar chemist best ! I like :) Tapi kalau nak belajar masak ke menjahit ke. Maaflah. Tak minat. Haha. Nanti kalau aku kawin, nak suruh bibik je masak. :p

11.Kenapa berblogging?
  • Blogging sebab best ! Dapat jumpa kawan baru. Dapat pengalaman baru. Dapat ilmu baru. Aku tertarik nak buat blog selepas terbaca pasal blog Wan Hazel kat dalam majalah. Masa tu aku form 2 or form 3 macam tu lah.

Done ! 

Always Love,


Istimewa Darinya

Assalamualaikum..


Today, 26 May 2013. Tinggal aku keseorangan. Sepi menyendiri. Hehe. Semua geng2 aku dah sambung belajar. Ada yang pergi UniKL, ada yang masuk Matrikulasi. Ada yang dah masuk UPNM. Aku ? Minggu depan k. :D

Petang semalam, kawan baik aku datang rumah. Bagi gift. Terharu yang amat sangat >_< . Dia lah kawan yang paling baik, teramat baik. Hari tu aku ada bagi gift jugak kat dia. Tapi aku ikhlas. Tak harapkan apa2 balasan. Kawan kan dah nak pergi. Sob sob. Tapi dia bagi jugak gift untuk aku. Banyak gila ! 

Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi. Aku bagi satu je. Kalau nak tahu aku bagi apa, baca blog ni >Najihah< .Jujurnya, aku menangis masa baca entri yang dia taip tu semalam. Terharu amat sangat. Well, aku kan mudah tersentuh. Ecehh :p

Sebelum aku buka gift tu, sempat la jugak snap pic. Hehe. Layannn....


See, dua oke. Walaupun dua kotak tapi dalam tu banyak !


Baju. Cantik lawa sangat. Red white stripes. :)


Music box. Hello Kitty. Suka3 ^_^. Comel sangat.


Music box yang atas tadi. Versi opened. Hehe. Boleh la aku letak segala bagai kerongsang kesayanganku di dalamnya. Hekhek. Abaikan je yang dalam cermin tu, kalau korang nampak. :p


Yang ni pun Hello Kitty jugak. Serba pink. Ye lah. Aku kan peminat pink. Dulu obses gila. Tapi sekarang dah kurang. :)


Spec yo ! Boleh la aku pakai, nanti snap pic banyak2. Caption : Budak nerd :p

Banyak kan kawan bagi. Thank you so much dear. I love you. Ni yang part kawan bagi. Kakak aku pun ada jugak bagi. Tapi next entri la yer. Malas dah nak membebel.

Pesanan buat kawan : Masa aku taip entri ni, kau dalam perjalanan ke Matrikulasi Pulau Pinang. Wuu, cakap Penang la kau :) Semoga selamat sampai. Belajar rajin2. Nanti raya kita jumpa lagi. Hehe. 

A day spent with friends is always a day well spent :)

Always Love,

25 May 2013

Dah Fed Up !

Assalamualaikum..

EDITED



Hi there ! Please help me. Hukhuk. :( Rasa dah jahanam blog ni. Pagi tadi kononnya mood tengah rajin nak edit blog. Tak tahu kenapa sekarang ni rasa dah tak boleh nak main dengan coding. Maybe sebab kepala otak ni tengah berserabut. Hal nak sambung belajar pun tak selesai lagi. Tapi sibukkan juga diri dengan blog.

Disebabkan tangan ni gatai sangat, jadi macam ni pula blog. Lantak la. Cantik ke buruk ke lawa ke hodoh ke, dah malas. Yang sakit hatinya, bila guna template baru ni, bloglist hilang. Hilang oii. Mana nak cari link ? Walaupun ingat lagi blog sapa je yang ada tapi mustahil nak ingat semua link. Kepada yang bergelar bloglist ku, sila komen link blog anda di entri ini. Kerjasama anda amat dihargai.

Lagi seminggu aku dah nak sambung belajar dekat UiTM Puncak Alam, Selangor. Hey orang Selangor ! Sekarang ni pun sibuk dengan segala urusan. Harap segalanya berjalan dengan lancar. Mohon maaf juga sehari dua ni tak sempat sangat nak blogwalking. Banyak sangat nak cerita pasal sambung belajar ni, tapi tunggu next entry la.

Always Love,

24 May 2013

Dan Aku Kata Mereka Salah

Assalamualaikum..


Kau menangis ?
Kau LEMAH.

Kau meraung ?
Kau ALAH.

Meratap mengenang ?
Kau REBAH.

Marintih menyesal ?
Kau KALAH.

Macam2 mereka kata, macam2 diseranah bala,
Macam2 cara aku dah cuba tapi macam2 kesialan hadir berganda.

Sudahnya aku putuskan untuk fikir begini.

Itu cuma kata mereka.
Dan aku kata mereka SALAH.

: IRISE

Always Love,


My Game Your Game

Assalamualaikum..

Kena tag lagi. Hehe. Kali ni Afifah yang tag. Thanks :)



1. Warna yang korang paling benci ?
  • Benci ? Tak da kot, semua suka. Asal menarik tertarik. :)

2. Ada jawatan tak kat sekolah ? Kalau ada apa ?
  • Saya dah habis sekolah. Hehe. Tapi last year pernah jadi pengerusi Kelab Tenis dan Naib Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik. Hee :)

3. 5 buah lagu paling korang suka ?
  • Stay - Miley Cyrus
  • My Love - Westlife
  • I need you - Lady Antebellum
  • 12:51 - Krissy ft. Ericka
  • Cry - Cassadee Pope

4. Dari skala 1-10, berapa banyak korang sayang besties korang ?
  • Sahabat adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup saya. Hehe. Of coz la 10. Sayang kawan sangat2. Bestie Love Forever. :)

5. Favourite food korang ?
  • Laksa penang, yum yum :)
  • Seafood :) Ketam,udang,sotong bakar or panggang or rebus cicah air asam. Perghhh !
  • Budu. Hihi :)
  • Carrot juice :)

6. Drama TV3 paling korang suka ?
  • Jarang sangat tengok tv. Tapi suka tengok yang slot Akasia pukul 7 malam tu. Hehe. Best la jugak. Semenjak dua menjak ni asyik adaptasi dari novel and OST pun best best. :)

7. Lagu paling comel bagi korang ?
  • Erk ? Lagu comey pun ada jugak ? Entah la. Suka dengar yang parodi dekat radio Era. Memang lawak habis. Hehe :)

8. Kalau korang terserempak dengan Justin Bieber, apa korang akan buat ?
  • Mestilah photoshoot 50 keping gambar. Haha. Walaupun tak da lah obses sangat dengan Justin Bieber. Tapi kalau dah jumpa artis, sape tak excited. Ye dokk ?

9. Genre muzik yang korang suka ?
  • Layan je semua lagu. Balada, rock, semua2 lah. Tapi lebih suka dengar lagu slow2, english.

10. Siapa yang ada kat fikiran korang sekarang ? - jujur
  • Tak nak jujur boleh ? Hehe. Tak da sapa2. Hanya dia, tetap dia, selamanya dia. Saya sayang dia. Saya tak nak berpisah dengan dia. Dia segalanya bagi saya. Siapa dia ? Dia jodoh saya. In shaa Allah. :p

11. Berapa kali update status facebook setiap hari ?
  • Tak da facebook. Yeay ! Saya dah berjaya deactive facebook hampir sebulan. :) Wehuu. Masa ada dulu pun tak update sangat. Seminggu sekali je. Haha

Done. Macam biasa, tolong jawab je. Malas nak tag. Haha. Btw, nak tahu first lagu kat blog Afifah tu tajuk apa ? Best sangat !

Komen tau !

Always Love,



22 May 2013

Pengakuan : Pencuri Hati

Assalamualaikum..

Hey uolls. Today, nak confess something. Hihi. >_< Malu2 pula. Entri kali ni saya nak bagi tahu pasal someone special in my life. Mesti korang nak tahu kan ? :p *Pleaselah

Dia seorang yang berbakat. Pandai main gitar. Pandai nyanyi. Dan yang istimewanya, dia ada kembar. Haha. Tapi sorang je lah kepunyaanku. Tak da lah sangkut dua2. Tamak namanya.

Dan dia juga seorang youtube singer. Tapi tak da video sangat. 2 je kot. Haha. Jom layan lagu Pencuri Hati. :)



Mereka berdua kembar dan tak lama lagi bakal nurse. Lagu Pencuri Hati ni direka sendiri. Jangan tengok yang nyanyi tu, tengok yang main gitar tu. Dia lah. Hihi. Tak nampak muka. Gelap semacam. :)

Dan sebenarnya dia bakal abang ipar saya. Hahahaha. Kalau ada jodohnya bersama kakak saya. In Shaa Allah :)

Always Love,

21 May 2013

Air Milo Oh Air Milo

Assalamualaikum..



Alkisah tersebutlah.... Suatu hari, di sebuah R&R, tak perlu kau tahu di mana dan bila. Hehe :p .Tekak haus, order air. "Akak, milo ais satu." Menunggu, sambil tu borak2 kosong dulu. :)

Kurang lebih 5 minit kemudian, air yang diorder pun tiba. Cehh, macam bas pula nak tiba. Hukhuk. Sambung, kacau2 air milo, tak minum lagi. Tappp, terpandang dalam air, ada something. Sayap binatang a.k.a haiwan lah. Eurww. Tukar tukar !

"Akak, dalam air ni ada binatang la." "Eh, maaf dik, tunggu kejap yer, buat lain." "Ouh, oke."

Menunggu lagi. Kejap je. Tiba milo ais yang kedua. "Berapa akak ?" "RM 1.80." Bayar terus. :)

Haus ni wehh. Oke, jom minum ! Sebelum tu macam biasa, hobi sebelum minum, kacau2 dulu. Kacau punya kacau. What's this ? Ada sesuatu warna hitam. Milo keras ke ? Ke apa ?
Eh bukan.

Oke, cedok guna straw, ambil, letak atas tisu. Golek2. Yuckss ! TAHI CICAK ! OH NO ! Kenapa kotor sangat.

"Akak, err, ada tahi cicak la dalam air ni." "Hah ?"

Then, terus blah.

"Dik, duit, ambik balik." "Err, takpe la kak."

Nasib la order air satu je. Huh.

Pernah kau alami ? :p

Always Love,

20 May 2013

Read This !

Assalamualaikum..

Hebat ke awak ? Jom try baca. Hehe



If you can read this, you have a strange mind too. I couldnt believe that I could actually understand what I was reading. The phenomenal power of the human mind, according to a re-research at Cambridge University, it doesn't matter in what order the letters in a word are, the only important thing is that the first and last letter be in the right place. The rest can be a total mess and you can still read it without a problem. This is because the human mind does not read every letter by itself, but the word as a whole. Amazing huh ? Yeah and I always thought spelling was important ! If you can read this forward it.

Can you read this ?
Only 55 people out of 100 can.

Wehehee. Dapat baca lah. Terbaikkkk !

Always Love,

19 May 2013

Tentang Saya

Assalamualaikum..




Hey uolls. Kena tag lagi ni. Atoiyaa. Masih game 11 things about me. Tapi saja nak tukar tajuk. Hehe. Terima kasih Nilly sebab tag kite. Oh ya, Nilly dapat Uitm sama dengan kita. Asasi. Nanti jumpa k. Hee


Jom jawab soalan :p


1. Kalau boleh balik ke zaman high school/secondary school, korang nak ubah apa?

  • Nak belajar rerajin, dapat semua A SPM. Tapi dulu dah belajar semaksima mungkin tapi tak da rezeki. :')

2. Roti Canai vs Nasi Lemak?
  • Roti canai telur kuah kacang. My fav. Hehe. Nasi lemak kurang sebab nasi tu macam berat. Nama dah lemak kan. :)

3. Running Man vs 2Days1Night vs Barefoot Friends.?
  • Secara jujur. Tak tahu menahu. Hehe.Tahu Running Man je tapi tak pernah pula tengok.

4. Peristiwa yang buat awak gelak tetibe je kalau ingat balik, XD
  • Banyak. Nak2 dulu banyak habiskan masa dekat hostel. Hari2 lepak dengan kawan2. Terlalu banyak kenangan bersama.

5. Stuff yang awak paling sayang, orang lain tak boleh sentuh.
  • Entah la. Tak de kot. Hehe.

6. Tell me about your crush/Describe them
  • Kacak. Baik. Alim. Melting k.

7. Awak awkward tak kalau balik kampung n jumpa saudara mara. HAHA
  • Tak sangat. Sebab dah biasa. Happy family la katakan. Hehe

8. Awak ada tak sorang makcik/pakcik yang awak tak suka. Asyik sebok hal tepi kain orang jeee
  • Ada la sorang. Suka sangat ambil tahu hal orang. Tapi lantak p lah kan. Asal kau bahagia. Hukhuk

9. My precious : Laptop vs Handphone?
  • Of coz lah handphone. Kalau tak da henpon rasa boleh mati. Amboii melampau. Hehe.

10. Younger idols vs Older idols?
  • Older kot. Lebih tua lebih banyak pengalaman. Hehe. Tak juga. Bergantung la pada individu tu. :)

11. Your dream jobs?
  • I wanna be a doctor. :) Doctor to be. In Shaa Allah. :)

Done. Macam biasa. Malas nak ikut rules. Hehe. Tolong jawab je. :)

18 May 2013

Bertukar !

Assalamualaikum..

This is my sister :)

Hey uolls. Blog aku dah bertukar wajah. Sob sob. Tambah hodoh. Haha. Masih under constructions. Tangan gatai nak edit template. Macam ni jadinya. Nak buat simple2 je. Black and white. Susah mak aihh. =.=" Sabor je lah. Dah bosan guna template washed denim. Nak guna template yang biasa2 dan diedit sendiri. Cehh. Baru la kelass kan ? :p

Tapi still rindukan blog biru. Uhuks :'( Tak pe tak pe. Next time tukar biru balik. Bagi cadangan please nak change macam mane. Pening. Yang part header tu tak tahu kenapa. Dah buat transparent tapi still ada shadow.

Mulai hari ni juga, aku dah nak stop guna nama aein. Panjang ceritanya asal usul nama aku ni. Haha. Lepas ni kan nak sambung belajar. So, nak guna real name je lah. Tak nak guna fake name. Aku decide, Eizz. Haha. Ye la kan. Nama aku kan Norhaizam. Macam kena la part Eizz tu. Kah2. Nak panggil aku Nikita Willy pun boleh. Eh ?

Biar family je la call me aein. Friends dan yang lain2, panggil kita eizz k. Rasa macam 'koya' pula. Tahu tak 'koya' tu apa ? Macam perasan lah. Lebih kurang. Haha. Like I care :p

Judge me please. :p

Always Love..

17 May 2013

Alhamdulilah

Assalamualaikum..



Alhamdulillah saya dapat masuk u. Asasi sains uitm. Gembira sangat2. Hari ni busy giler. Tak sempat nak blogwalking blog kakak2 tersayang dan kawan2. Apa2 pun, doakan yabg terbaik untuk saya. Hee.

Entry pendek.
Always love,
Sekian..

Published with Blogger-droid v2.0.10

16 May 2013

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum..

Entri ni ditaip pagi tadi. Gaduh nak keluar. Tak ingat nak publish. Haha


Gambar ni je ada dalam lappy. Lain2 dalam henpon. Gambar last year. 2 dari kiri itu aku. Hee :p

16 May 2013. Hari guru kembali lagi. Rindu cikgu2. :'( Tahun ni aku dah tak bergelar pelajar sekolah. So, tak dapat celebrate hari guru kat sekolah ramai2 macam tahun2 sebelum ni. Sebak. Tapi pagi2 lagi dah sent text kat semua cikgu, wish "Selamat Hari Guru". Sayang cikgu !

Yang terharunya cikgu reply text, cakap "sayang awak juga". Cikgu addmath yang garang lagi seram tu pun cakap sayang aku, whoaa, terharu oke. Yela kan, sebenarnya takut gila nak send text tu, maklum lah, aku lah pelajar yang tak dapat A subjek addmath masa SPM. Haha. Malu >_<

Kan best kalau aku sekolah ni, mesti geng2 kitaorang kutip duit, beli hadiah super awesome kat cikgu. Tapi tak pe. Hari ni, aku nak pergi sekolah. Nak menyemak sikit. Hehe. Nak pergi kejap je sebelum keluar enjoy dengan kawan2 buat terakhir kalinya. Mereka2 semua dah nak sambung belajar. Ada yang dah masuk form 6. Ada yang dah nak daftar UniKL dan Matrikulasi. Aku ? Masih ter-pinga2 kat rumah. Tak boleh nak decide lagi nak sambung mana. So sad.

Teringat masa aku 5 tahun, aku pernah mendeklamasikan sajak. Cehh. Sempena hari guru. Dulu time bebudak, aku mana tahu malu. Haha. Dah besar ni, malu tak bertempat pula yer. Sekolah rendah, lupa pula. Sekolah menengah, aku dengan dunia aku je. Haha.

Nak try ingat balik sajak dulu2 ni. Oke start.

Guru,
Kau masih di situ
Masih memandu kereta lama
Masih menuju sekolah yang sama
Tidak kedengaran dari suaramu
Penat lelah yang kau curahkan

Macam pelik je part yang curahkan tu. Aishh, dah lupa. Oke continue.

Guru,
Ada anak2 muridmu
Kini sudah menjadi menteri
Tidak kurang pula
Yang memegang jawatan tinggi

Main ikut sedap je aku ni. Haha. Tapi lebih kurang macam tu la. See, aku still ingat walaupun dah ber-tahun2. Dari 5 tahun sampai sekarang 18 tahun. Agak2 berapa lama ? :p

Always love,
Sekian.

11 Things About Me

Assalamualaikum..




Hoi, tak abis lagi game ni. Haha. Letih den nak jawab. Tapi dah orang tag. Kena lah jawab jugak. Kali ni Alisya yang tag. Usaha jugak nak jawab ni. Tanpa mengikut rules. Boleh kan ? Hehe.

1. Apa hobi korang ?

  • Hobi saya baca buku, melukis dan semestinya blogging. Jahit masak tu semua I tak minat oke. Hehe

2. Pernah tak bercinta ?
  • Of course la pernah. Haha. Tipu la kalau tak pernah. Tapi bercinta biarlah berpada pada k. :p

3. Pernah tak sakitkan hati kawan korang ?
  • Pernah. Kawan baik. Sampai menangis nangis saya tau. Haha. Mintak maaf balik. Tapi kalau bukan kawan baik, sorry lah. Saya ego. Tak hingen nak mintak maaf. Nampak tak kejahatan saya ? :p

4. Pernah bergaduh kat sekolah tak ?
  • Err, tak pernah. Saya budak baik. Hehe

5. Pernah buat sesuatu benda yang memalukan diri korang sendiri ?
  • Pernah. Tapi tak nak cakap kat sini. Boleh kan ? :p

6. Pernah tak buat hati mak awak terluka ?
  • Pernah. Maklum lah saya ni mulut tak boleh diam. Asyik nak marah je kan. Bila mak tegur, saya menjawab. Haha. Tapi tu dulu2 la. Sekarang dah cuba kawal perasaan. :)

7. Awk ni seorang yang berjimat-cermat ke  ?
  • Of course tak. Haha. Saya ni boros. Kalau ada duit banyak terus masuk bank. Kalau tak, faham2 aje lah.

8. Suka bergaya atau tidak ?
  • Suka sangat tapi saya ni kecik kurus je. Tak cantik meletop kebabom macam orang lain. So, susah sikit nak bergaya sebab nak cari baju ikut saiz susah. Senang bergaya pakai baju kurung je saya ni. Ayu tak ? Hee

9. Awak suka tengok cerita apa ?
  • Semua tengok selagi berkenan di hati. Tapi lebih kepada cerita english. Drama romantik dan yang ala2 FBI gitu. :)

10. Benda apa yang korang paling suka ?
  • Saya suka boyfie saya. Dia kacak. Haha. Merapu k. Semestinya saya suka Domo. Rawr!

11. Perkara apa yang sampai sekarang korang tak boleh lupakan ?
  • Masuk hutan pukul 2 pagi. Jalan sorang2. Sumpah tak nak join camping lagi. Seram oii. 

Oke. Done. Cepat komen ! Letih den taip. Hehe :p Sape yang creat game ni memang mencapai objektif la. Ramai yang enjoy. :)

Always love,
Sekian..